Thursday, May 27, 2010

LAWATAN YANG BERHORMAT PEHIN MENTERI PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE SEKOLAH RENDAH BENDAHARA SAKAM BUNUT BRUNEI III

Pada Hari Khamis 27hb Mei 2010, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut Brunei III mengalu-alukan lawatan kerja Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat Pehin juga telah meninjau pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kelas dan beberapa kemudahan yang disediakan disekolah seperti Perpustakaan. Taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut Brunei III. Bersama dalam rombongan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timb Setiausaha-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan daripada beberapa jabatan di kementerian Pendidikan.
























No comments:

Post a Comment