Monday, May 24, 2010

LAWATAN KERJA DR LAURA HUXFORD KE SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH BERSAMA PPKD MEI 2010

Lawatan kerja Dr Laura Huxford bersama dengan PPKD telah diadakan pada 11hb Mei 2010 Hari Selasa di Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin Brunei IIB. Antara lain tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri sejauh mana perkembangan program literasi di sekolah berkenaan. Beberapa PPKD juga dijemput hadir bagi mendapatkan feedback mengenai dengan dapatan-dapatan khususnya bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu[Pra Sekolah] dan matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik tahun 1 dan Bahasa Inggeris bagi tahun 2. Lawatan ini amat dialu-alukan oleh PPKD kerana ianya memberikan peluang untuk melihat bersama Dr Laura Huxford proses pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru yang dilawati pada hari tersebut.























No comments:

Post a Comment