Lawatan kerja Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam ke Sekolah-Sekolah Rendah di teruskan dengan lawatan ke Sekolah Rendah Bebuloh Brunei IV pada hari Khamis, 27hb Mei 2010. Hadir bersama dalam rombongan termasuk ialahYang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai Pelajaran kanan, pegawai-pegawai di kementerian Pendidikan. Rombongan disambut dengan iringan gulingtangan oleh murid-murid Sekolah Rendah Bebuloh. Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan dan rombongan diberikan taklimat oleh Guru Besar dan seterusnya meninjau pengajaran di bilik-bilik darjah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment