Thursday, May 27, 2010

LAWATAN YANG BERHORMAT PEHIN MENTERI PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE SEKOLAH RENDAH BENDAHARA SAKAM BUNUT BRUNEI III

Pada Hari Khamis 27hb Mei 2010, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut Brunei III mengalu-alukan lawatan kerja Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat Pehin juga telah meninjau pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kelas dan beberapa kemudahan yang disediakan disekolah seperti Perpustakaan. Taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut Brunei III. Bersama dalam rombongan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timb Setiausaha-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan daripada beberapa jabatan di kementerian Pendidikan.
























Wednesday, May 26, 2010

LAWATAN YANG BERHORMAT PEHIN MENTERI PENDIDIKAN KE SEKOLAH RENDAH BEBULOH BRUNEI IV

Lawatan kerja Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam ke Sekolah-Sekolah Rendah di teruskan dengan lawatan ke Sekolah Rendah Bebuloh Brunei IV pada hari Khamis, 27hb Mei 2010. Hadir bersama dalam rombongan termasuk ialahYang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai Pelajaran kanan, pegawai-pegawai di kementerian Pendidikan. Rombongan disambut dengan iringan gulingtangan oleh murid-murid Sekolah Rendah Bebuloh. Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan dan rombongan diberikan taklimat oleh Guru Besar dan seterusnya meninjau pengajaran di bilik-bilik darjah.
























Monday, May 24, 2010

LAWATAN KERJA DR LAURA HUXFORD KE SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH BERSAMA PPKD MEI 2010

Lawatan kerja Dr Laura Huxford bersama dengan PPKD telah diadakan pada 11hb Mei 2010 Hari Selasa di Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin Brunei IIB. Antara lain tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri sejauh mana perkembangan program literasi di sekolah berkenaan. Beberapa PPKD juga dijemput hadir bagi mendapatkan feedback mengenai dengan dapatan-dapatan khususnya bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu[Pra Sekolah] dan matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik tahun 1 dan Bahasa Inggeris bagi tahun 2. Lawatan ini amat dialu-alukan oleh PPKD kerana ianya memberikan peluang untuk melihat bersama Dr Laura Huxford proses pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru yang dilawati pada hari tersebut.























PENGAJARAN BAHASA MELAYU GURU SEKOLAH RENDAH PDN PJ SENGKARAI TUTONG I

Salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam mengajar Penjodoh bilangan dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ialah aktiviti pusatan murid. Guru Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai Tutong I dalam usaha untuk melibatkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah menggunakan kaedah aktiviti pusatan murid dalam kumpulan.