Wednesday, April 28, 2010

PERJUMPAAN ROMBONGAN PTKK[R] DENGAN GURU-GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TUTONG I

Perjumpaan dengan Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I telah diadakan di sekolah Keriam pada 28hb April 2010, Hari Rabu jam 900 pagi.


















Monday, April 26, 2010

18TH eXPLOMATHS 2010

Majlis pelancaran eXPLOMATHS kali ke 18 telah diadakan pada hari Isnin, 11 Jamadilawal 1431/26hb April 2010 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong 1. Hadir selaku wakil peribadi Tetamu Kehormat Dr Hj kassim bin Hj Mohd Daud dan seterusnya melancarkan eXPLOMATHS kali ke 18 .













Sunday, April 25, 2010

PERJUMPAAN PEMANGKU PTKK [RENDAH] BERSAMA GURU-GURU BESAR DAERAH BELAIT

Perjumpaan Pemangku PTKK [ Rendah] bersama Guru-Guru Besar setiap kawasan dimula di Daerah Belait. Perjumpaan tersebut diadakan di Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II, pada 24hb April 2010 / 09 Jamadilawal 1431 mulai jam 9.00 pagi. Turut dalam rombongan ialah Madam Tan lian lian [ Ketua Unit Pelaksanaan & pemantauan SPN 21 , Dyg Afsah binti Kurus, Dyg Fatmah binti Haji Besar, Dyg Sutinah binti Hj Md Ali, Awg Chan Yong Kim dan wakil PPKD Daerah Belait.



















Sunday, April 18, 2010

BENGKEL PROFESIONAL PENGARAH SEKOLAH-SEKOLAH BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN SEKOLAH SEMPENA MAJLIS DIALOG 1 BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN NBD.

Makan tengah hari bersama jemputan khas juga telah diadakan di akhir sesi dialog pada hari tersebut. Di sebelah petang Bengkel Profesional Pengarah Sekolah-sekolah bersama Pemimpin-Pemimpin Sekolah telah di adakan. Bengkel "lesson Study" bagi pemimpin-pemimpin sekolah Rendah Senegara telah disampaikan oleh Awang Ali Hamdani bin Haji Mohd Diah , Jabatan Sekolah-sekolah. Bengkel berakhir pada jam 430 petang.